Saturday, 19 August 2017

PENGENALAN




Pengurusan islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia,organisasi dan matlamat pengurusan islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis.Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.pendekatan islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber,melalui perancangan,arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.

Sistem pengurusan islam,sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana is berpandukan
Al-quran dan sunnah.Pengurusan islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus,ketua,pemakmur,alam mengikut kerangka berfikir,nilai dan prinsip islam.

Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan islam yang tersendiri.Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.Selain itu,objektif  sesebuah organisasi  merupakan gagasan  yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi.Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman.Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.









AL -UBUDIYYAH (PENGABDIAN)

MAKSUD
Al ubudiyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.Ia merujuk sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah SWT. Oleh itu, seluruh kegiatan seorang individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta alam seluruhnya.pandangan islam tentang ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Konsep ini membawa maksud seorang muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan pengabdian seorang islam terhadap tuhannya (Ahmad Ibrahim Abu Sin,1991)
Allah beriman dalam surah al-Nahl

 
Maksudnya :
‘ Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya dia tuhan yang esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku.Allah mememiliki apa-apa yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?’

Ahmad Ibrahim abu Sin berpendapat bahawa islam  telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin,pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah untuk memahami ubudiyyah yang berikut:

·         Allah tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk tujuan beribadat sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja sama ada di kebun mahupun di tempat perniagaan. Segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada penciptanya.

Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan(ubudiyyah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya.
Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukan individu, tetapi juga membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah adalah seperti yang berikut

  •      Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Konsep ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh islam.
  •        Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ia juga mengambil kira nilai dan prinsip islam di samping menegaskan penolakan terhadap konsep ‘ matlamat menghalalkan caranya’
  •        Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didukung dengan semangat pengabdian   diri kepada Allah SWT. Maka , budaya yang bernafaskan nilai islam akan wujud di dalam organisasi tersebut.


Jika konep ubudiyyah ini difahami dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi  serta budaya organisasi yang diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah:


  • ·         Warga organisasi akan mengaitkan segala egiatan dalam organisasi dengan agama. Hal ini menjadikan mereka seorang yang sensitive terhadap arahan dan tegahan dalam agama islam.
  • ·         Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.
  • ·         Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbang kea rah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negative seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
  • ·         Agama menjadi unsur utama menentukan tindak tanduk dan kegiatan dalam organisasi dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.





AL-ADALAH (KEADILAN )

MAKSUD ➜


Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam islam merujuk kepada hak iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang-tenang dalam apa jua sekalipun dan menjaga maruah. 

Dalam konteks pengurusan organisasi, keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan dan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara-perkara yang berikut:
  • Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati  kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.
  • Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas diserahkan kepada yang  mengambilkira bakat, potensi dan kekuatan.
  •  Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.
AYAT INI MENJELASKAN TENTANG KEADILAN:

AL-SYURA (MUSYAWARAH )

 MAKSUD
Merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua. Kepentingannya  ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam Al Quran. Kemudian dikukuhkan lagi oleh Sunnah Rasulullah SAW serta amalam para sahabat.Al Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.

Antara kepentingan al syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:

  •  Amalan syura menjadikan  keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seseorang.
  • Ia dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
  • Ia juga dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana  sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
  •  Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat secara bersama.
  • Ia bertujuan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara kerjasama.
  • Ia juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu dan berpengalaman.

Oleh sebab al syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka yang ingin menjadi ahli al syura perlu mempunyai sifat yang baik disyaratkan oleh saidina ali bin abi talib adalah seperti yang berikut:
  • Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh 
  • Seorang yang tidak melakukan kezaliman
  • Seorang yang jujur dan bertaqwa
  • Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak
  • Seorang yang adil
  • Seorang yang berilmu dan terpelajar
  • Seorang yang tekun dan sabar dan menjalankan tugas dan amanah




AL-HURRIYAH (KEBEBASAN )

MAKSUD ➠



Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.

Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusian yang melibatan perkara-perkara yang berikut :

  • Kebabasan bergerak.
  • Kebebasan menuntut ilmu.
  • Kebebasan memiliki dan mencari harta.
  • Kebebasan bersuara.
  • Kebebasan berfikir.
  • Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianut



Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira beberapa perkara berikut:

  • Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal. 
  • Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.  
  • Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam.

AL -MUSAWAH (PERSAMAAN )

MAKSUD→
Al-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan. Firman Allah Yang bermaksud:

" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku - puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu d isisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu) ".

Pelaksaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :

  • Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang. 
  • Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri. 
  • Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama. 
  • Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan.





KESIMPULAN




Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan itulah Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang dirancang tidak akan tercapai.


    Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat- sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islam antaranya ialah :

  • Kepimpinan Islam mengambil kira kedua dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin
  • Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
  • Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.
  • Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik elapas usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan.