Pengurusan islam
merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia,organisasi dan matlamat
pengurusan islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis.Pengurusan
islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.pendekatan islam
sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan
pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di
muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan
berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan
sumber,melalui perancangan,arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi
mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.
Sistem pengurusan
islam,sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana is berpandukan
Al-quran dan
sunnah.Pengurusan islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan
melahirkan pengurus,ketua,pemakmur,alam mengikut kerangka berfikir,nilai dan
prinsip islam.
Sesebuah organisasi
perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan islam yang
tersendiri.Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana
menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.Selain
itu,objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan yang
melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah
organisasi.Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif
pengurusan islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan
mengambil realiti masa dan pengalaman.Akhir sekali, membolehkan pengukuran
dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.
No comments:
Post a Comment