Semua pihak mempunyai
hubungan yang rapat antara satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa
sokongan orang bawahan dan sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan
itulah Islam, menggariskan elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam
sistem pengurusan untuk mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak
dicapai oleh sesebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala
perancangan yang dirancang tidak akan tercapai.
Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna
sifat- sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islam antaranya
ialah :
- Kepimpinan Islam mengambil kira
kedua dua belah pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin
- Walaupun ketua biasanya
seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana
terdapatnya peluang untuk berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat
(syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
- Islam menonjolkan sikap
sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah
terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud
dalam organisasi. Langkah diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur
menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap
permasalahan.
- Islam banyak menonjolkan
ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang tebaik elapas usaha mencapai
kejayaan dan kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment