MAKSUD
➡
Al ubudiyah merupakan
prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia
sebagai hamba Allah.Ia merujuk sifat pengabdian diri seorang insan dengan
setelusnya hanya kepada Allah SWT. Oleh itu, seluruh kegiatan seorang individu
dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep
pengabdian diri kepada Allah.
Islam mempunyai konsep
dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai
pencipta alam seluruhnya.pandangan islam tentang ketuhanan adalah berasaskan
konsep ibadat kepada Allah dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang
mutlak kepada Allah. Konsep ini membawa maksud seorang muslim hendaklah patuh
kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan keesaan
Allah merupakan landasan pengabdian seorang islam terhadap tuhannya (Ahmad
Ibrahim Abu Sin,1991)
Allah beriman dalam
surah al-Nahl
Maksudnya :
‘ Janganlah kamu sembah dua
tuhan. Hanya dia tuhan yang esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku.Allah
mememiliki apa-apa yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu
patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?’
Ahmad Ibrahim abu Sin berpendapat
bahawa islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang
pemimpin,pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah untuk memahami
ubudiyyah yang berikut:
· Allah
tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung
diri di dalam rumah rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk
tujuan beribadat sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja sama ada
di kebun mahupun di tempat perniagaan. Segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas
dapat mendekatkan hamba kepada penciptanya.
Hubungan manusia dengan Allah SWT
adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah
mengakui ketuhanan(ubudiyyah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk
mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya.
Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah
bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukan individu, tetapi juga membentuk hala
tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara penting yang berkaitan
dengan ubudiyyah adalah seperti yang berikut
- Matlamat atau hala tuju
organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.
Konsep ini akan menjadikan matlamatnya sesuatu yang sejajar dengan
matlamat yang hendak dicapai oleh islam.
- Cara, kaedah atau kegiatan
yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring
dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ia juga mengambil kira nilai dan
prinsip islam di samping menegaskan penolakan terhadap konsep ‘ matlamat
menghalalkan caranya’
- Budaya yang wujud dan subur
dalam organisasi perlu didukung dengan semangat pengabdian
diri kepada Allah SWT. Maka , budaya yang bernafaskan nilai islam akan
wujud di dalam organisasi tersebut.
Jika konep ubudiyyah ini difahami
dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan yang positif
kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang
diwujudkan. Antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah:
- · Warga
organisasi akan mengaitkan segala egiatan dalam organisasi dengan agama.
Hal ini menjadikan mereka seorang yang sensitive terhadap arahan dan
tegahan dalam agama islam.
- · Warga
organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi
itu sebagai suatu ibadah, iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
Penghayatan konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya
yang positif di dalam organisasi.
- ·
Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar
dengan nilai dan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbang kea rah
pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negative seperti rasuah,
salah guna kuasa dan sebagainya.
- · Agama
menjadi unsur utama menentukan tindak tanduk dan kegiatan dalam organisasi
dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan
perkembangan organisasi.
No comments:
Post a Comment